Sumber : http://skfeldaulutebraupg.blogspot.com/2012/05/kurus-teknik-menjawab-soalan-sains.html
Sains merupakan salah satu daripada lima subjek yang diuji semasa Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan kod 018, seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Secara amnya, kertas Sains UPSR adalah kertas soalan yang menguji kemahiran Sains yang telah mereka pelajari sewaktu di Tahun 4, 5 dan 6. Sebuah kertas peperiksaan Sains dengan format UPSR mempunyai 2 bahagian iaitu Bahagian A (soalan objektif dengan aneka pilihan jawapan) dan Bahagian B (soalan berstruktur). Pelajar diberi 75 minit (1 jam 15 minit) untuk menjawab kesemua soalan yang diberikan semasa ujian tersebut. Dari segi pemarkahan secara umumnya, Bahagian A memberikan 60 markah (30 soalan x 2 markah setiap satu soalan) manakala Bahagian B menyumbang 40 markah (20 soalan x 2 markah setiap satu sub-soalan).
-kekalkan-jawatan-ketua-umno-bahagian-bukit-katil/ 2018-08-13T03:05:52Z. 2013/05/28/lisa-surihani-jawab-soalan-peminat-di-asklisa/ 2018-07-19T00:49:23Z..mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/09/12/suspek-upsr-dikenal-pasti/. Soalan Sains Kertas 2 Bahagian C Assalamualaiukum. Ini merupakan contoh soalan Bahagian C bagi kertas 2 SPM. Bagi mendown.
Seringkali menjadi desas-desus di kalangan murid Tahun 6 bahawa Sains merupakan salah satu 'subject killer' UPSR. Selain itu, subjek Sains juga dikatakan sebagai 'subjek yang senang lulus tapi susah nak score A'. Hasil daripada pemerhatian saya selama 8 tahun sebagai seorang guru Sains, kebanyakan murid memberitahu (dan adakalanya merungut) kepada saya bahawa Bahagian B adalah bahagian yang paling susah untuk dijawab dalam kertas Sains. Persoalannya, mengapa pelajar berfikir demikian? Pada pendapat saya, saya gunakan konsep relativiti sedemikian.
![Tahun Tahun](https://cdn.shopify.com/s/files/1/0408/2185/products/ScanImage191_4ead0dc7-e61b-44b9-9cca-0b2d79116707.jpg?v=1516349783)
'Anda mahu berbasikal tetapi anda tidak tahu caranya. Sememangnya, anda akan katakan berbasikal adalah satu aktiviti yang susah, Namun, jika anda diajar teknik mengimbangkan diri semasa duduk atas basikal, teknik memberhentikan basikal, teknik 'menongkatkan' basikal menggunakan kaki dan sebagainya, adakah anda masih mengatakan bahawa berbasikal itu susah? Sudah tentu tidak, bukan? :) .. '
Sebenarnya, untuk menguasai Sains Bahagian B, terdapat beberapa teknik yang perlu dikuasai oleh murid-murid agar dapat menjawab soalan dengan lebih mudah. Terdapat 3 teknik asas yang perlu dikuasai oleh murid iaitu:
1. Mengenal Pasti Pembolehubah
Ini adalah teknik asas yang mesti dikuasai oleh semua murid. Semasa menjawab soalan Sains Bahagian B, perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum menjawab sub-soalannya adalah mengenal pasti ketiga-tiga pembolehubah iaitu pembolehubah dimanipulasi, pembolehubah bergerakbalas dan pembolehubah dimalarkan. Di dalam satu eksperimen (soalan), hanya boleh ada satu pembolehubah dimanipulasi (WTC) dan satu pembolehubah bergerakbalas (WTO) dan kedua-dua pembolehubah ini boleh dibezakan dengan pernyataan berikut.
' WTO bergantung kepada WTC '
Contohnya:'Panjang bayang-bayang bergantung kepada kedudukan Matahari'
Pada pendapat anda, sekiranya ayat diatas diterbalikkan, adakah ia masih logik seperti pernyataan di atas?
Contoh yang diterbalikkan:'Kedudukan Matahari bergantung kepada panjang bayang-bayang.
Bagi pembolehubah dimalarkan, cara untuk mengenal pasti pembolehubah ini adalah dengan melihat keadaan bahan / objek yang sentiasa disamakan @ tidak berubah sepanjang eksperimen @ situasi tersebut diperhatikan. Biasanya, ia mudah dikenal pasti dengan adanya perkataan 'sama', seperti contoh di bawah.
Perhatikan jadual di atas. Anda dapat lihat bahawa Jarak B mempunyai nilai yang sama iaitu 15cm. Maka, kita boleh katakan bahawa 'Jarak objek daripada skrin (Jarak B) adalah pembolehubah dimalarkan).
*NOTA: Penulisan jawapan pembolehubah haruslah mengandungi dua elemen iaitu 'Parameter' + 'Objek'.
![Soalan Soalan](http://4.bp.blogspot.com/-MMyEm7z6MCE/T60NLM6gacI/AAAAAAAACV4/MeAXxF22_sg/s1600/soalan%2Bpsvt%2B4.jpg)
- Parameter: Keadaan sesuatu bahan/situasi yang ingin diperhatikan. Contohnya: bilangan, masa, kedudukan, panjang, isipadu, saiz, bacaan awal dsb.
- Objek: Bahan yang diperhatikan. Contohnya, baju, air, lengan, Matahari, pendidihan air dsb.
2. Mengenal Pasti KUNCI SOALAN dan SKRIP CARA JAWAB
Terdapat 8 kunci soalan dalam Sains Bahagian B iaitu:
- Tujuan = Untuk menyiasat hubungan di antara WTC dengan WTO
- Pembolehubah/Maklumat/Apa yang diubah/diukur/ditetapkan = merujuk kepada WTC, WTO dan WTK
- Sebab (Inferens)
- Hubungan
- Kesimpulan
- Pemerhatian
- Corak/Pola perubahan = bertambah/meningkat @ berkurang/menurun @ tidak berubah
- Ramal
Post saya yang seterusnya akan cuba terangkan cara jawab bagi setiap kunci soalan yang dinyatakan.
3. Memperuntukkan masa jawab soalan-soalan Bahagian B.
Ok. Nak bergerak ke sekolah untuk sesi Kem Motivasi UPSR. Sila beri komen jika ada pertanyaan atau boleh email soalan anda ke [email protected]